Wednesday 7 September 2016

Roti John DAEBAK!

Posted by nuranissya at 20:51:00
Assalamualaikum dan hye korang! harap semua sihat walafiat..aminnn, untuk entri nisya yang ketiga ini, nisya nak share dengan korang roti john yang bukan biasa-biasa punya, nervous betul statement! hahaha.kedai ni memang agak famous sebab keenakan roti john cheese leleh dia tu, jadi hari tu pergilah ke KOPI SIAM 129 yang terletak dekat food court bukit teratai ampang selangor, jenguh juga la nak mencari sebab tak biasa jalan ampang ni hahaha gelakkan diri sendiri.


Taraaaaaaa!
Korang boleh tengokkan betapa besar gedabaknya roti john ni memang sesuai sangat la untuk tiga orang makan, huhuhuhu tak nampak lagi cheese tarik dia kan?ni nisya tunjuk dekat korang.

nampak tak tu tariknya macam mana lagi panjang dari popiah cheese yang nisya buat tu hehehehehe.rasa dia memang sedap  tak tipu dan servis dia pun cepat walaupun ramai tak ada la sampai setengah jam tunggu ada la dalam 15 minit ke 20 minit.jangan risau okay takkan sampai berejam korang tunggu, kalau ada bagitau dorang nanti dorang sekeh staf2 dorang..heheheh (gurauu jangan mara ehhhh)

Cup! haaa tak lengkap tau makan roti john ni tak merasa air famous dorang ni 
ni haa banana milk shake padu.. memang padu betul tau bukan padu sebab manis, padu dengan rasa pisang dia dan tak manis tak tawar memang sedang elok je segarkan tekak ni..nisya memang tak suka manis..tapi air ni memang terbaik dan kena dengan tekak. hehehehehe..
jadi untuk korang pergi ke tempat ni korang pergi official facebook dorang 
https://ms-my.facebook.com/KOPI-SIAM-415308455333541/
tak tau tempat?kat situ ada map untuk ke tempat dorang waze je ok.. tak jumpa juga? call je dorang..tak jumpa juga? duduk rumah je ok hehehehehe....

ok korang setakat ni entri yang nisya boleh share dengan korang akan di update tempat makan yang best dekat kelantan pula..terima kasih kerana membaca ,,maaf jika ada terkasar bahasa dan sebagainya...assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment

 

nur anissya Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review